Isnin, Januari 11

MINGGU 2 - SELASA - 12 JAN 2010

Subjek / Tahun / Masa

Kajian Tempatan / 5A / 10.45 pg - 11.15 pg

Tajuk

Mengenal Negara Kita

Kemahiran

Lokasi Malaysia

Objektif

Murid-murid dapat mengenali lokasi Malaysia di dunia

Aktiviti

1. Menanda kedudukan Malaysia di peta dunia dan menyatakan lokasinya
2. Melabel benua-benua di peta dunia
3. Membuat perbandingan saiz benua Asia dengan benua-benua lain
4. Berbincang mengenai saiz setiap benua

BBM

Buku teks, carta(peta dunia),

Impak

Keseluruhan murid faham, benua tidak dapat diajar




Subjek / Tahun / Masa

Matematik / 5A / 11.15 pg - 12.15 tgh

Tajuk

Nombor Bulat

Kemahiran

Penolakan

Objektif

Murid-murid dapat menolak sehingga tiga nombor

Aktiviti

1. Menolak dua nombor berturut tanpa dan dengan mengumpul semula.
2. Menolak sehingga tiga nombor berturut-turut tanpa dan dengan mengumpul semula
3. Pengiraan dibuat dalam bentuk lazim
4. Latihan/lembaran
5. Semakan/bimbingan

BBM

Buku teks, kad nombor, lembaran

Impak

Keseluruhan murid dapat menguasai, beberapa murid tidak berhati-hati




Subjek / Tahun / Masa

Kajian Tempatan / 4A / 12.45 tgh - 1.15 tgh

Tajuk

Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia

Kemahiran

Jenis petempatan awal

Objektif

Murid-murid dapat memahami sejarah dan jenis petempatan awal manusia

Aktiviti

1. Menyenaraikan jenis petempatan awal
2. Menyatakan sebab manusia berpindah randah
3. Menyatakan sebab manusia tinggal di sekitar gua
4. Menyenaraikan jenis kediaman pada peringkat awal

BBM

Buku teks, gambar

Impak

Murid dapat memahami berdasarkan gambar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan